Saturday, February 6, 2016

MLM2016/2: Bangkit

Assalamualaikum.
Malam tadi berlangsung minggu kedua Maharaja Lawak Mega 2016. Walaupun MLM tahun ini kurang serinya tanpa otai-otai lawak tanah air, tetapi aku masih menanti persembahan para peserta dengan harapan aku akan terhibur dan dapat ketawa.

Tanpa penyingkiran di minggu pertama, semua 15 peserta masih kekal berpeluang untuk mempamerkan kemampuan masing-masing. Nama-nama baru ini mempunyai peluang sama rata kerana hanya Bocey dan LOL (Lots of Love) yang mempunyai pengikut yang ramai.

Tema minggu kedua adalah BEBAS. Aku akan ringkaskan persembahan para peserta dengan rating DYB (penilaian peribadi aku) dan Meter HaHa dari juri tetap.

---------------------------------

1. Puteh [Rating DYB: 3/10 | Meter HaHa: 3/5]
Puteh mempunyai punchline yang baik tapi tak berapa power. Keseluruhannya, persembahan mereka masih hambar. Satu cubaan yang baik.

2. Enjen [Rating DYB: 3/10 | Meter HaHa: 4/5]
Membawa cerita pasangan suami isteri yang bertemu kaunselor. Turut ditampilkan karakter Rani Kulup. Ada cubaan punchline tapi kurang menjadi. Keseluruhannya, ada peningkatan berbanding persembahan minggu pertama.

3. Kavin [Rating DYB: 3/10 | Meter HaHa: 3/5]
Masih lagi bercerita untuk stand-up comedy, Kavin bercerita tentang zaman kanak-kanaknya kali ini. Kavin kelihatan lebih tenang dan menunjukkan peningkatan.

4. Bora [Rating DYB: 4/10 | Meter HaHa: 3/5]
Membawa kisah tiga orang panglima dengan ular. Ada pick-up line untuk juri (Bunga Citra Lestari). Bermula dengan baik tapi hujungnya sedikit kureng. Persembahan kumpulan ini juga lebih baik dari minggu lepas.

5. Cham [Rating DYB: 1/10 | Meter HaHa: 3/5]
Mereka membawa karakter parodi David Teo dan Najib Ali. Sejujurnya, aku tak gelak dan tak senyum pun menonton persembahan mereka. Secara peribadi, aku rasa pembawaan watak Najib Ali tu sangat over dan tak kelakar. Kutuk nama orang (pelakon Ola Bola) jugak sesuatu yang tak sepatutnya dilakukan.

6. Rayza [Rating DYB: 4/10 | Meter HaHa; 4/5]
Bercerita tentang 'rajin dan malas', Rayza kelihatan lebih tenang kali ini. Punchline agak bijak walaupun tak berapa kelakar. Better than last week.

7. BOS [Rating DYB: 6/10 | Meter HaHa: 4/5]
Menyelitkan isu semasa (MB Kedah). Ada beberapa punchline walaupun hujungnya sedikit kurang. Aku dapat gelak. Secara peribadi, aku rasa menghiburkan.

8. Saywho [Rating DYB: 6/10 | Meter HaHa: 4/5]
Seperti biasa, punchline kumpulan ini menarik. Gerak tubuh menjadi kekuatan mereka dengan persembahan bertenaga. Aku boleh gelak melihat tingkah laku mereka. Aku suka dengan ending persembahan Saywho.

9. Chilok [Rating DYB: 5/10 | Meter HaHa: 3/5]
Persembahan bermesej sangat mencabar. Sketsa mereka tentang teknologi ketika lepak bersama kawan. Persembahan mereka agak menurun minggu ini, sedikit kurang menyengat.

10. Shake [Rating DYB: 3/10 | Meter HaHa: 3/5]
Sketsa lawak yang perlahan dan hambar. Bagi aku, tak menghiburkan dan rating menurun berbanding minggu lalu. Kesilapan mereka adalah mengulang punchline yang sama.

11. Joras [Rating DYB: 9/10 | Meter HaHa: 4/5]
Easily the best performance. Lawak orang gila sudah menjadi kebiasaan dan memerlukan sentuhan hebat untuk menjadikannya kelakar. Cerita orang gila berambut panjang dan kawan halimunan mereka sangat menghiburkan. Aku gelak sampai nangis. Punchline yang sangat baik termasuk punchline Joey, "My name is Joe".

12. Xola [Rating DYB: 4/10 | Meter HaHa: 3/5]
Mereka menyambung lawak cikgu minggu lepas. Sedikit baik kali ini. Aku dapat gelak dan senyum.

13. LOL [Rating DYB: 8/10 | Meter HaHa: 4/5]
Kumpulan kegemaran ini juga menyambung kisah budak-budak minggu lepas. Kisah tiga sahabat (Leman, Omar, Lah). Punchline mereka baik dan menjadi. Membuatkan aku ketawa. Maintain kelakar dari minggu pertama.

14. Awok [Rating DYB: 1/10 | Meter HaHa: 3/5]
Persembahan terburuk untuk minggu kedua berturut-turut. Turut menyelitkan isu semasa (MB Kedah). Sekali lagi pengacara (AC Mizal) masuk selepas sketsa mereka dan berkata "anda semua dibenarkan gelak" menggambarkan kebosanan menonton Awok.

15. Bocey [Rating DYB: 6/10 | Meter HaHa: 3/5]
Kali ini sketsa peserta kegemaran ramai ini berkisar di pasar. Punchline mereka juga baik dan aku dapat ketawa. Namun, aku mengharapkan yang lebih bagus dari pilihan utama ini. Masih boleh improve.

-----------------------------------

Secara keseluruhan, ada yang kekal bagus seperti kumpulan Lots of Love yang membariskan pelawak berpengalaman gabungan Angah, Tauke Jambu, dan Ajak Shiro. Banyak peserta yang meningkat dan ada juga yang kurang menjadi (contohnya Shake).

Joras menunjukkan peningkatan yang paling baik jika dibandingkan persembahan minggu pertama. Sketsa mereka minggu ni memang sangat kelakar. Aku masih ingat ayat "Katil pun nak ikut, siapa ajak dia?". Chemistry antara Joey, Syuk dan Rahim sangat menjadi.

Satu penyingkiran untuk minggu kedua. Tidak lain dan tak bukan, tiada peserta lain yang layak tersingkir lebih dari kumpulan Awok. Dua persembahan membosankan berturut-turut. Aku tak kisah dengan penyertaan pelawak wanita tapi memang tak kelakar. Itu hakikatnya.

Sekian dulu. Jumpa lagi di minggu ketiga!


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif