Welcome To My Life...

Monday, February 22, 2016

MLM2016/4: Kebersihan

Assalamualaikum.

Pentas Maharaja Lawak Mega 2016 dibuka sekali lagi malam Jumaat lepas untuk aksi para peserta di minggu keempat. Hanya tinggal 12 peserta dari sejumlah 15 peserta yang bertanding di minggu pertama. Tema yang diberikan sedikit janggal bagi aku, juga sedikit panjang.

Para peserta perlu melakukan persembahan dengan tema nilai-nilai moral iaitu KEBERSIHAN. Mereka perlu menterjemah tema itu menjadi sesuatu yang dapat menarik perhatian para penonton. Mampukah mereka? Berikut adalah komen ringkas dengan Rating DYB peribadi aku dan juga Meter HaHa dari juri tetap (Ziana Zain, Najib Ali, Shaheizy Sam). Juri jemputan kali ini ialah bekas juri tetap, Nora Danish yang comel.

----------------------------------

1. BOS [Rating DYB: 6/10 | Meter HaHa: 4/5]
Persembahan pembukaan yang menghiburkan. Graf BOS kekal sederhana, tak naik atau turun. Sempat troll isu semasa (3D - dirty, difficult, dangerous). Ada beberapa punchline baik. "Menarik" itu komen Najib Ali mengenai penyampaian kumpulan ini.

2. Enjen [Rating DYB: 4/10 | Meter HaHa: 4/5]
Cerita tentang orang nak terjun bangunan untuk bunuh diri. Ada punchline yang kelakar termasuk 'jangan potong queue'. Walaupun bertiga, mereka hanya muncul berdua. Ending agak perlahan tapi ada peningkatan.

3. Rayza [Rating DYB: 6/10 | Meter HaHa: 4/5]
Persembahan terbaik Rayza setakat minggu keempat. Tak terlalu kelakar tapi lawaknya bijak. Banyak punchline yang baik. "Ini baru MLM" itu komen Shaheizy Sam memuji persembahan Rayza. Peningkatan yang sangat baik dari satu-satunya peserta solo yang tinggal.

4. Xola [Rating DYB: 3/10 | Meter HaHa: 2/5]
Ada cubaan punchline tapi keseluruhannya hambar kali ni. Ada salah seorang ahli kumpulan kurang sihat tapi tetap datang membuat persembahan. "Content tak banyak" komen jujur dan pedas dari Ziana.

5. Joras [Rating DYB: 6/10 | Meter HaHa: 4/5]
Joey bawak watak hantu minggu ni, kacau Syuk dan Rahim sedang bersihkan bandar. Sangat kelakar melihat telatah Joey. Ending ada plot twist (klu: iklan sabun).

6. Bocey [Rating DYB: 7/10 | Meter HaHa: 5/5]
Persembahan terbaik minggu keempat. Troll isu 'binatang letak dalam troli'. Lawak mereka hanya bermain di satu troli pasaraya saja. Kelakar walaupun prop troli tu digunakan berulang kali. Tak nampak kaitan dengan tema sangat tapi siapa kisah? Nora Danish bagi 5 Ha!

7. Saywho [Rating DYB: 5/10 | Meter HaHa: 3/5]
Kekal kelakar macam biasa, tapi kali ni graf menurun. Sedikit perlahan sketsa mereka tentang kebersihan. Ada moral yang menarik apabila watak tukang sapu suka dapat sampah (klu: ikhlas bekerja).

8. Bora [Rating DYB: 2/10 | Meter HaHa: 3/5]
Satu lagi persembahan hambar dengan permulaan yang perlahan. Content kurang walaupun terlalu fokus nak sampaikan moral. Lawak ke laut.

9. LOL [Rating DYB: 4/10 | Meter HaHa: 4/5]
Persembahan yang sedikit bosan walaupun mesej sampai. Ending baru kelakar. Peserta kegemaran dengan pengikut yang ramai ni perlu meningkatkan prestasi.

10. Cham [Rating DYB: 1/10 | Meter HaHa: 2/5]
Sangattt perlahan, penat aku cari mana yang lawak. Content kurang, sangat membosankan.

11. Puteh [Rating DYB: 2/10 | Meter HaHa: 3/5]
Moral ada, tapi lawaknya kurang. Sempat jugak troll juri (Najib Ali). Kumpulan ni masih tak mencapai piawaian tahap Maharaja Lawak Mega.

12. Shake [Rating DYB: 2/10 | Meter HaHa: 2/5]
Masalah yang sama dengan banyak peserta lain -- kurang pengisian. Sangat membosankan sampai aku tak dapat gelak. "Bell sorang nampak try hard" itu komen jujur dari Ziana.

--------------------------------

Keseluruhannya, banyak yang tak kelakar walaupun dah masuk minggu keempat. Mungkin susah nak sampaikan mesej nilai moral sambil menghiburkan penonton dengan jenaka. "Bukan senang nak bagi orang ketawa" Ziana menegaskan perkara yang semua sudah sedia maklum. Persembahan terbaik minggu ni (mungkin Bocey) pun sederhana saja.

Tiga kumpulan yang menduduki tangga tercorot adalah Xola, Puteh, dan Cham. Akhirnya Xola terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pentas MLM 2016. Hanya tinggal 11 peserta dalam baki 10 minggu pertandingan. Semua peserta perlu menambah pengisian agar dapat menggeletek hati penonton.

Sekian dulu untuk minggu keempat. 



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif