Welcome To My Life...

Saturday, February 27, 2016

MLM2016/5: Meningkat

Assalamualaikum.

Pentas Maharaja Lawak Mega 2016 dibuka lagi untuk minggu kelima. Hanya tinggal sebelas orang peserta. Tema minggu ni adalah peribahasa dengan setiap peserta perlu membuat sketsa tentang satu peribahasa saja mengikut kreativiti masing-masing.

Selepas dua minggu digantikan oleh Scha Alyahya dan Nora Danish, juri tetap Bunga Citra Lestari kembali semula dari urusan kerja. Bagaimanakah persembahan para peserta selepas lima minggu mengutip ilmu? Rating DYB dari aku sendiri dan Meter HaHa dari juri tetap menjadi indikasi prestasi mereka.

------------------------------------

1. Puteh [Rating DYB: 5/10 | Meter HaHa: 4/5]
"Sediakan payung sebelum hujan"
Persembahan pembukaan yang baik. Memulakan sketsa dengan troll isu semasa perang anak muda Raver vs hipster. Bercerita tentang seorang ayah yang nak mendaftar di rumah orang tua. Satu aksi yang menghiburkan dan bertenaga.

2. Cham [Rating DYB: 1/10 | Meter HaHa: 3/5]
"Seperti kacang lupakan kulit"
Membosankan. Satu lagi persembahan yang mengecewakan dan bukan level MLM. Aku tak rasa nak gelak melihat Along sebagai 'kulit' dan Azrul sebagai 'kacang'. Cuma komen Sam positif, "idea yang kreatif".

3. Joras [Rating DYB: 6/10 | Meter HaHa: 4/5]
"Air dicincang takkan putus"
Kisah tiga orang Bangladesh (dua orang PATI dan seorang pengawal). Akhirnya plot twist (yang sudah dijangka), mereka ni adik-beradik yang lama terpisah dengan tanda lahir di tangan dan kaki. "Chemistry memang best" komen Ziana Zain yang ketawa sampai keluar air mata.

4. Bora [Rating DYB: 7/10 | Meter HaHa: 4/5]
"Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"
Kekuatan kumpulan ni adalah gerak tubuh mereka dengan lawak mereka pada pergerakan. Kisah tiga orang askar Jepun yang baru sampai di Malaysia. Persembahan menghiburkan dengan idea yang kreatif.

5. Enjen [Rating DYB: 4/10 | Meter HaHa: 4/5]
"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"
Boleh tahanlah, walaupun tak nampak kaitan dengan peribahasa. Kisah orang nak sewakan rumah yang kotor dan berbau busuk. Mungkin aku tak faham lawak mereka atau mereka tak faham peribahasa tu.

6. LOL [Rating DYB: 5/10 | Meter HaHa: 4/5]
"Bagai lembu dicucuk hidung"
Kisah orang kaya dan dua orang khadam. Lawak kali ni mengingatkan aku kepada lawak kumpulan Jambu. Walaupun banyak merapu, aku masih boleh gelak. Memang dijangka sebab kumpulan ni ramai pengikutnya.

7. Shake [Rating DYB: 2/10 | Meter HaHa: 3/5]
"Lembu punya susu, sapi dapat nama"
Konsisten, tapi maintain tak berapa kelakar. Satu perkataan: bosan!

8. Saywho [Rating DYB: 7/10 | Meter HaHa: 3/5]
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"
Kisah sorang ayah yang melatih dua orang anaknya di hutan. Aku boleh gelak, cuma yang perempuan tu banyak menjerit. Saywho masih maintain prestasi baik.

9. Rayza [Rating DYB: 4/10 | Meter HaHa: 4/5]
"Indah khabar dari rupa"
Persembahan terbaiknya minggu lepas, kali ni Rayza kembali ke tahap asal. Memang sukar beraksi seorang diri dan terpaksa membawa dua tiga watak. Tak terlalu teruk, ada punchline.

10. Bocey [Rating DYB: 5/10 | Meter HaHa: 4/5]
"Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum"
Persembahan yang baik, tapi suam-suam. "Bersahaja" komen Shaheizy Sam. Kisah sorang budak baru yang masuk ke asrama. Aku harapkan lebih dari peserta kegemaran ni.

11. BOS [Rating DYB: 3/10 | Meter HaHa: 3/5]
"Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas"
Kisah sorang manusia yang datang dari masa depan dengan robot bersuara kartun. Terlalu fokus pada peribahasa sampai terkurang pengisian lawaknya. Aku tak suka ending, menyebut kaum Melayu. Tak sesuai untuk tontonan masyarakat berbilang bangsa.

---------------------------------

Man of The Match kali ni ialah Abam sekali lagi untuk minggu kedua berturut-turut. Bagi aku, secara peribadi bukan Abam yang paling lawak. Bottom three adalah Saywho, BOS, dan Shake. Seperti dijangka, Shake akhirnya gagal menyelamatkan diri selepas beberapa persembahan buruk.

Aku benar-benar rasa BOS, Enjen, dan Cham perlu memberi sketsa yang lebih baik atau mereka juga akan menemui jalan keluar di minggu-minggu hadapan. Cham ni cuma ramai peminat sejak zaman Raja Lawak.

Sekian dulu untuk minggu kelima. InsyaAllah jumpa minggu depan!



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif