Welcome To My Life...

Tuesday, May 8, 2018

Ceritera Tiga Penjuru

Assalamualaikum.

Bukan rahsia lagi, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru di kebanyakan kerusi, DUN dan Parlimen. Malah di beberapa kerusi juga akan mempunyai lebih banyak penjuru. Hanya sedikit pertarungan langsung dua penjuru. Dan setakat ini Datuk Seri Mohamad Hasan, penyandang Menteri Besar Negeri Sembilan, sudah menang tanpa bertanding di DUN Rantau selepas satu isu kontroversi. 

Ralat sungguh penulis kerana barisan alternatif untuk rakyat (Pakatan Harapan) tidak akan melibatkan Parti Islam Se-Malaysia yang mempunyai pengikut dan pendokongnya sendiri. Hal ini pastinya membantutkan peluang untuk mencabar penyandang kerajaan persekutuan yang telah bertanding tanpa kalah selama tiga belas musim pilihan raya.

Melihat kepada alumni sekolah-sekolah besar yang melahirkan generasi pemimpin sejak dulu, penulis sedar bahawa perpecahan politik adalah satu resam yang tidak dapat dinafikan. Perbezaan ideologi itu adalah manusiawi. Sedangkan agama pun boleh berbeza, apatah lagi fahaman politik.

Besar sungguh harapan kita semua untuk melihat Malaysia yang lebih baik. Tak salah kita bermimpi, kerana mimpi itu percuma dan milik siapa saja. Esok adalah hari yang kita telah nantikan selama lima tahun. Dan esok milik kita.

Melihat kepada situasi semasa, arus tsunami rakyat yang sedang membentuk, mungkin momentum tidak cukup kuat untuk menjatuhkan satu dinasti. 

Ucapan awal untuk wakil rakyat yang akan terpilih menanggung beban amanah yang sangat berat, tahniah dan takziah.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif